Wednesday, July 31, 2013

Raja Muda Perlis Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pihak Hina Islam





KANGAR, 31 Julai – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam.

Baginda bertitah perbuatan itu merupakan pernyataan sinis yang melampau dan ia tidak boleh diterima oleh rakyat yang waras apatah lagi mereka yang berpendidikan terutama dalam konteks masyarakat majmuk.

“Janganlah siapa sekalipun bermain api. Jauhilah daripada berjudi dengan sentimen agama dan kaum demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara yang kita cintai ini,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama warga Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.

Baginda mengingatkan bahawa walaupun Islam mengajar umatnya bertoleransi namun sikap Melayu-Islam perlu sentiasa kukuh.

“Sudah tiba masanya setiap umat Islam menjana transformasi dengan melakarkan perubahan, mewarnai persekitaran berpandukan agama Islam, bersendikan al-Quran dan al-Sunnah, berpaksikan kepada Rukun Islam dan berteraskan Rukun Iman,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah mutakhir ini berlaku banyak kekeliruan dan salah tafsir mengenai Islam dengan pelbagai label diberikan.

“Propaganda seperti ini jika dibenarkan berterusan mampu merosakkan nama dan kesucian Islam selain meracuni pemikiran sehingga ‘klise’ sebegini mudah dianggap sebagai satu kebenaran,” titah baginda lagi.

Baginda mengingatkan umat Islam supaya terus membela serta mempertahankan kesucian agama di samping mengukuhkan syiarnya demi kelangsungan tamadun.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Canselor AUCMS manakala yang hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Sumber : UMNO Online

Monday, July 22, 2013

Tidak Mahu Jawatan MB : Pas Cuba Tipu Siapa?

 



KUALA LUMPUR 22 Julai – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan meminta jawatan Menteri Besar Terengganu jika menang dalam pilihan raya kecil Kuala Besut yang bakal diadakan pada 24 Julai ini adalah gimik politik yang sering digunakan pembangkang untuk meraih undi.
 
Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Awang Kadin Tang menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Presiden Pas itu hanyalah lebih menjurus untuk mendapatkan sokongan kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada pembangkang membuat kenyataan sebegitu untuk mengelirukan pengundi.
“Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan pembangkang, mereka mempuanyai pelbagai taktik dan helah untuk memancing undi, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja, lihat apa yang berlaku ketika pilihan raya umum lalu, apa sahaja cuba dilakukan untuk dapatkan sokongan bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.
“Namun apabila rancangan mereka untuk menawan Putrajaya tidak menjadi kenyataan, mereka menyalahkan pihak lain untuk menutup kegagalan itu, itulah perangai pembangkang yang hanya pandai bercakap,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa partinya tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar, sebaliknya tetap akan menyerahkan kepada UMNO, sebaliknya akan memantau setiap apa sahaja yang dibuat atau dirancang oleh Barisan Nasional bagi memastikan tiada rakyat yang teraniaya.
Awang Kadin berkata, kenyataan itu boleh diibaratkan seperti perangkap yang bakal menyusahkan rakyat jika perkara itu berlaku, bukan sahaja membabitkan pengundi atau penduduk di Kuala Besut, malah seluruh rakyat Terengganu akan menerima kesannya.
“Pengundi di Kuala Besut perlu bijak membuat pilihan ketika hari mengundi nanti, mereka bukan sahaja memikirkan nasib penduduk Kuala Besut, tetapi akan memberi kesan kepada rakyat Terengganu di seluruh negeri.
“Sebarang kesilapan akan membawa kesan besar kepada rakyat Terengganu, mereka harus sedar tidak harus membiarkan pembangkang berkuasa di Terengganu seperti apa yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, ianya seharusnya dijadikan iktibar terutama d ikalangan mereka yang pertama kali keluar untuk mengundi,” katanya. -

Sumber : MediaUMNO


Tuesday, July 2, 2013

PAS Makin Terdesak,Hj Hadi Terpaksa Fitnah UMNO Guna Nasihat Bomoh

 



KUALA LUMPUR 2 April - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak.

 Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

 "InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa. Walaupun Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung (PAS) menganggar tarikh-tarikh tersebut, saya yakin UMNO yang mengepalai barisan Nasional (BN) akan mendapat nasihat bomoh terlebih dahulu."

 "Kerana UMNO ini percaya pada bomoh. Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah. Tak sepertinya seperti tarikh yang Datuk Mustapha sebut tadi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

 Katanya lagi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada resolusi asas kerjasama pakatan tersebut. Jelasnya lagi, parti komponen PR tidak sependapat dalam beberapa perkara berikutan perbezaan ideologi namun masih bersama berdasarkan prinsip PR.

 "Walaupun kita berbeza ideologi. Kita faham dan bersefahaman dalam perkara yang berbeza dan kita bersatu dalam perkara yang bersama," katanya lagi.
 
 

Wednesday, January 2, 2013

INILAH KEPERIHATINAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT DISAMPING MEMBANTU UNTUK MERINGANKAN BEBANAN HIDUP MEREKA.

SAMSENG JALANAN.

PADA MASA KINI SAMSENG JALANAN SEMAKIN MENJADI-JADI TERUTAMANYA TERJADI KEPADA PELAJAR.MEREKA MENAIKI MOTOSIKAL DARI RUMAH KE SEKOLAH TANPA MEMAKAI TOPI KELEDAR DAN JUGA TIDAK MEMPUNYAI LESEN.DISAMPING ITU ADA SETENGAH PELAJAR MENAIKI MOTOSIKAL SEHINGGA TIGA ORANG.MENURUT SEORANG GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ARAU ADA PELAJAR YANG MELANGGAR LAMPU ISYARAT MENYEBABKAN BERLAKU KEMALANGAN ADAKALANYA MENGAKIBATKAN KEMATIAN. ADA PELAJAR YANG BERLUMBA-LUMBA MENAIKI MOTOSIKAL KE SEKOLAH TANPA MEMIKIRKAN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN. PIBG SEKOLAH HARUS BEKERJASAMA DENGAN POLIS AGAR MASALAH INI DAPAT DIATASI DIMANA HANYA PELAJAR YANG MEMPUNYAI LESEN SAHAJA DIBENARKAN MENUNGGANG MOTOSIKAL KE SEKOLAH.

Janji Sempena Tahun Baru Anwar… Cukup-cukuplah Jual Temberang

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee membidas kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perutusannya sempena tahun baru yang mendakwa bahawa kekayaan negara hari ini dirompak oleh golongan elit penguasa untuk memperkayakan diri, keluarga dan kroni. Menurut beliau, Anwar kini dilihat begitu terdesak untuk memburuk-burukkan imej kerajaan dalam usaha mengukuhkan kembali persepsi dan prasangka buruk rakyat terhadap UMNO dan BN, bagi meyakinkan semula rakyat bahawa apa yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang kepada rakyat Malaysia mampu untuk dilaksanakan, sedangkan pada hakikatnya tidak. “Dia cuba putar belitkan fakta dengan menimbulkan isu kekayaan negara dirompak oleh segolongan pemimpin negara dan kaitkan dengan isu kroni untuk mempengaruhi rakyat, bahawa apa yang mereka janjikan itu mampu untuk dilaksanakan. Padahal sudah terbukti, mereka hanya berbohong kerana mereka tahu, tidak mungkin apa yang mereka janjikan dalam manifesto Pakatan dapat dilaksanakan. “Hari ini sudah terbukti, kita boleh lihat di setiap negeri yang diperintah oleh mereka, timbul pelbagai isu tentang janji-janji yang tidak ditepati oleh Pakatan. Di Selangor, di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain, isu janji tidak ditepati ini timbul bagaikan cendawan tumbuh. Ini disebabkan, pimpinan Pakatan terlalu banyak menabur janji, biarpun tahu janji-janji itu tak mampu mereka tunaikan,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tambahnya lagi, Anwar sebenarnya sedar dan tahu, bahawa pemerintah iaitu kerajaan BN sejak dari dulu lagi berjaya mengurus tadbir ekonomi negara dengan bijak dan berhemah serta tidak berjanji pelbagai perkara kepada rakyat yang pada hakikatnya tidak mampu untuk dilaksanakan oleh kerajaan. “Anwar dulu bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas menteri kewangan. Dia tahu, bahawa kerajaan BN setakat hari ini sedaya upaya untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik. BN bukanlah sebuah kerajaan yang mahu menghancurkan ekonomi dan negara sendiri, tidak seperti Pakatan Pembangkang. “Dia juga tahu bahawa Pakatan Pembangkang berjanji perkara-perkara yang tidak boleh dilaksanakan. Sekiranya mereka laksanakan segala janji-janji mereka seperti penghapusan PTPTN, penurunan harga kereta, gaji minimum RM 4 ribu, negara akan bankrap tidak lama selepas mereka memerintah. Jika negara bangkrap, kita terpaksa meminjam duit dengan orang asing, dan akhirnya tunduk kepada suara asing. Mungkin inilah yang Anwar mahu,” ujarnya. Malah beliau turut mendedahkan, bahawa Anwar merupakan pimpinan UMNO yang pertama menggunakan wang untuk membeli undi daripada perwakilan dan ketua-ketua bahagian ketika dia mahu menentang Allahyarham Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, sehingga Allahyarham Ghafar Baba mendapat terlalu sikit pencalonan dari bahagian. “Dialah pelopor politik wang di dalam UMNO. Semua orang UMNO tahu tentang hal itu. Dia sanggup membayar duit imbuhan secara bulanan terhadap ketua-ketua bahagian untuk mencari pengaruh dan undi ahli. Ahli-ahli UMNO sudah masak dengan perangai dan muslihat Anwar. “Jadi saya minta agar rakyat tidak terpedaya dengan muslihat Anwar. Kita sebagai ahli UMNO, sudah kenal siapa itu Anwar. Sebab itu kita minta rakyat jangan tertipu dan terpengaruh dengan taktik dan teknik politiknya. “Segala tuduhannya terhadap kerajaan baik di dalam dan di luar negara, bukan saja memburukkan imej UMNO dan BN, malah turut merosakkan nama Malaysia di mata luar. Saya yakin rakyat boleh menilai mana intan, mana kaca,” akhirinya. -MediaUMNO

Monday, May 28, 2012

Hasan Ali Kecam Perhimpunan BERSIH 3.0.



DAMANSARA 8 Mei - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali mengecam penganjuran BERSIH 3.0 yang didakwa beliau telah membawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengangkat dan meraikan ;individu yang tidak sepatutnya'.
Beliau yang juga merupakan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor mempersoalkan kerahan yang dilakukan beberapa Pemimpin Parti untuk turun ke perhimpunan pimpinan Datuk S.Ambiga tersebut lantaran menolak Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang lebih jelas perjuangannya memertabatkan akidah Ummah.
"Saya amat hairan dengan (tindakan) PAS. BERSIH 3.0 disuruh pergi. (Akan tetapi) HIMPUN dihalang pula", katanya kepada pemberita pada sidang media di rumahnya di sini hari ini.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu juga melahirkan rasa kagum dengan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang lebih bijak dalam mengawal perhimpunan BERSIH 3.0 berbanding sebelum ini.
"Ketika BERSIH 2.0 saya tak berapa kagum dengan (tindakan) pihak polis. Namun pada kali ini saya kagum kerana ada kemajuan untuk ke hadapan dengan menggunakan Video Kamera pada BERSIH 3.0," jelasnya lagi.
Beberapa Pimpinan PAS sebelum ini menjelaskan Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) menjadi alat parti pemerintah iaitu UMNO dalam menggambarkan keburukan parti tersebut dalam merealisasi perjuangan Islam menerusi kerjasama Pakatan. Namun ianya disanggah beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penganjuran Perhimpunan itu.


Sumber : klpos.com