Thursday, August 6, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU

yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957

KAMI WASIATKAN
kepada zuriat keturunankami

7 PERKARA
yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”




PERKARA SATU

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).



PERKARA DUA

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.



PERKARA TIGA

• Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.



PERKARA EMPAT

• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini



PERKARA LIMA

• Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN



PERKARA ENAM

• Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU



PERKARA TUJUH

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.