Monday, July 22, 2013

Tidak Mahu Jawatan MB : Pas Cuba Tipu Siapa?

 



KUALA LUMPUR 22 Julai – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan meminta jawatan Menteri Besar Terengganu jika menang dalam pilihan raya kecil Kuala Besut yang bakal diadakan pada 24 Julai ini adalah gimik politik yang sering digunakan pembangkang untuk meraih undi.
 
Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Awang Kadin Tang menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Presiden Pas itu hanyalah lebih menjurus untuk mendapatkan sokongan kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada pembangkang membuat kenyataan sebegitu untuk mengelirukan pengundi.
“Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan pembangkang, mereka mempuanyai pelbagai taktik dan helah untuk memancing undi, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja, lihat apa yang berlaku ketika pilihan raya umum lalu, apa sahaja cuba dilakukan untuk dapatkan sokongan bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.
“Namun apabila rancangan mereka untuk menawan Putrajaya tidak menjadi kenyataan, mereka menyalahkan pihak lain untuk menutup kegagalan itu, itulah perangai pembangkang yang hanya pandai bercakap,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa partinya tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar, sebaliknya tetap akan menyerahkan kepada UMNO, sebaliknya akan memantau setiap apa sahaja yang dibuat atau dirancang oleh Barisan Nasional bagi memastikan tiada rakyat yang teraniaya.
Awang Kadin berkata, kenyataan itu boleh diibaratkan seperti perangkap yang bakal menyusahkan rakyat jika perkara itu berlaku, bukan sahaja membabitkan pengundi atau penduduk di Kuala Besut, malah seluruh rakyat Terengganu akan menerima kesannya.
“Pengundi di Kuala Besut perlu bijak membuat pilihan ketika hari mengundi nanti, mereka bukan sahaja memikirkan nasib penduduk Kuala Besut, tetapi akan memberi kesan kepada rakyat Terengganu di seluruh negeri.
“Sebarang kesilapan akan membawa kesan besar kepada rakyat Terengganu, mereka harus sedar tidak harus membiarkan pembangkang berkuasa di Terengganu seperti apa yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, ianya seharusnya dijadikan iktibar terutama d ikalangan mereka yang pertama kali keluar untuk mengundi,” katanya. -

Sumber : MediaUMNO


No comments:

Post a Comment