Thursday, March 4, 2010

MALAYSIA ITU NEGARA MELAYU (BUMIPUTERA )

Untuk memahami gagasan negara Melayu ( Bumiputera ) dari segi sudut fakta perundangan dasar atau undang-undang tubuhnya.Kita perturunkan Petikan Perlembangaan Persekutuan untuk memperlihatkan teks dan fakta
yang menjadi latar belakang kepada persoalan ini.

Bahagian 1 : NEGERI-NEGERI ,AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN.

Perkara 1 : Nama,Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

i.Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan juga dalam bahasa Inggeris.

ii.negeri-negeri persekutuan terdiri daripada,Johor,Kedah,Kelantan,Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,

Pulau Pinang,Perak,selangor,Perlis,terengganu Sabah dan Serawak.

iii.Tertakluk kepada Fasal ( 4 ),wilayah-wilayah bagi setiap Negeri yang disebut dalam fasal ( 2 ) ialah

wilayah - wilayah yang termasuk di dalam negeri-negeri itu sebaik sebelum Hari malaysia.

iv.Wilayah bagi negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuh

kan dibawah Akta Perlembagaan ( Pindaan ) ( No.2 ) 1973 ( Akta A 206 ) dan wilayah Persekutuan

putrajaya yang ditubuhkan dibawah Akta perlembagaan ( Pindaan ) 2001 ( Akta A 1095 ) dan

Wilayah bagi Negeri Sabah tidaklah termasuk Wilayah persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah

Akta Perlembagaan ( Pindaan ) ( No.2) 1984 ( Akta A 585) dan kesemua Wilayah Persekutuan tersebut

hendaklah menjadi wilayah-wilayah persekutuan.


CATATAN.

Perkara asal sebagaiman yang terdapat pada Hari Merdeka berbunyi saperti berikut.

1.1.Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu dalam bahasa Inggeris

Federation of Malaya.

Thursday, January 7, 2010

Penambahan Keahlian Ahli UMNO.

Setiap Cawangan UMNO diseluruh negara perlu menambahkan keahlian ahli UMNO,memandangkan pada masa kini kurangnya ahli UMNO disetiap cawangan.Ketua-ketua cawangan perlu aktif supaya masalah ini tidak timbul.Untuk menentukan cawangan itu kuat atau lemah bergantung kepada kerjasama semua pihak antara ketua cawangan,ketua wanita,ketua pemuda dan ketua puteri.Pada masa kini kini kita lihat ada cawangan yang tidak mempunyai ahli puteri sedangkan cawangan itu ramai puteri.Dengan ramainya ahli menyebabkan cawangan menjadi kuat.Kita lihat pada masa mesyuarat cawangan kadangkala tidak mempunyai korum yang cukup.