Tuesday, August 27, 2013

Plus Beri Rebat 20 Peratus Sempena Hari Kemerdekaan Ke-56

                      
KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Pengguna lebuh raya Plus berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Plus Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian Plus.

“Ia merupakan satu daripada langkah Plus menyemarakkan sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi Plus menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

“Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan Plus apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 September hingga 15 Disember ini,” katanya sambil memberitahu tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.

Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, katanya.

Monday, August 26, 2013

                    
                                           PEMERKASAAN MODAL INSAN.


Untuk memastikan agar Malaysia mempunyai rakyat yang berminda kelas pertama,banyak program dan latihan disusun dan dikemaskini oleh kerajaan bagi meningkatkan kualiti pembangunan Modal Insan.
memperluaskan tabung pembangunan Sumber Manusia dan juga memberi bantuan kewangan kepada majikan,pekerja sehingga ke peringkat ijazah dan Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Baru disamping itu menggalakkan Pembelajaran sepanjang hayat dikalangan rakyat dengan memberikan perlepasan cukai  pengajian peringkat pasca ijazah.
                                                   KIBARKANLAH JALUR GEMILANG.

Sebagai Rakyat Malaysia Yang cintakan Negara dan Tanah Air seharusnya kita semua mengibarkan bendera Jalur Gemilang di setiap rumah Premis Perniagaan dan juga pejabat-pejabat.Pada hari ini kurangnya sambutan terhadap menyambut Kemerdekaan Negara ke 56 pada 31 Ogos ini disebabkan kurangnya rakyat Malaysia memasang bvendera di rumah-rumah.
YB.Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melahirkan rasa kesal disebabkan kurangnya sambutan dari orang ramai untuk memasang Bendera Jalur Gemilang.Untuk mendapatkan Kemerdekaan  Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj sanggup mengorbankan wang ringgit sendiri untuk ke London tujuannya untuk mendapatkan Kemerdekaan.Oleh itu kita perlu sedar dan insaf dan Kemerdekaan Negara Perlu Di Pertahankan.
 


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56 tahun sebagai tanda cintakan Negara dan Tanahair. Setiap rumah haruslah memasang sekurang-kurangnya satu bendera..