Monday, May 28, 2012

Hasan Ali Kecam Perhimpunan BERSIH 3.0.



DAMANSARA 8 Mei - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali mengecam penganjuran BERSIH 3.0 yang didakwa beliau telah membawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengangkat dan meraikan ;individu yang tidak sepatutnya'.
Beliau yang juga merupakan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor mempersoalkan kerahan yang dilakukan beberapa Pemimpin Parti untuk turun ke perhimpunan pimpinan Datuk S.Ambiga tersebut lantaran menolak Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang lebih jelas perjuangannya memertabatkan akidah Ummah.
"Saya amat hairan dengan (tindakan) PAS. BERSIH 3.0 disuruh pergi. (Akan tetapi) HIMPUN dihalang pula", katanya kepada pemberita pada sidang media di rumahnya di sini hari ini.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu juga melahirkan rasa kagum dengan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang lebih bijak dalam mengawal perhimpunan BERSIH 3.0 berbanding sebelum ini.
"Ketika BERSIH 2.0 saya tak berapa kagum dengan (tindakan) pihak polis. Namun pada kali ini saya kagum kerana ada kemajuan untuk ke hadapan dengan menggunakan Video Kamera pada BERSIH 3.0," jelasnya lagi.
Beberapa Pimpinan PAS sebelum ini menjelaskan Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) menjadi alat parti pemerintah iaitu UMNO dalam menggambarkan keburukan parti tersebut dalam merealisasi perjuangan Islam menerusi kerjasama Pakatan. Namun ianya disanggah beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penganjuran Perhimpunan itu.


Sumber : klpos.com


No comments:

Post a Comment