Thursday, March 4, 2010

MALAYSIA ITU NEGARA MELAYU (BUMIPUTERA )

Untuk memahami gagasan negara Melayu ( Bumiputera ) dari segi sudut fakta perundangan dasar atau undang-undang tubuhnya.Kita perturunkan Petikan Perlembangaan Persekutuan untuk memperlihatkan teks dan fakta
yang menjadi latar belakang kepada persoalan ini.

Bahagian 1 : NEGERI-NEGERI ,AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN.

Perkara 1 : Nama,Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

i.Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan juga dalam bahasa Inggeris.

ii.negeri-negeri persekutuan terdiri daripada,Johor,Kedah,Kelantan,Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,

Pulau Pinang,Perak,selangor,Perlis,terengganu Sabah dan Serawak.

iii.Tertakluk kepada Fasal ( 4 ),wilayah-wilayah bagi setiap Negeri yang disebut dalam fasal ( 2 ) ialah

wilayah - wilayah yang termasuk di dalam negeri-negeri itu sebaik sebelum Hari malaysia.

iv.Wilayah bagi negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuh

kan dibawah Akta Perlembagaan ( Pindaan ) ( No.2 ) 1973 ( Akta A 206 ) dan wilayah Persekutuan

putrajaya yang ditubuhkan dibawah Akta perlembagaan ( Pindaan ) 2001 ( Akta A 1095 ) dan

Wilayah bagi Negeri Sabah tidaklah termasuk Wilayah persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah

Akta Perlembagaan ( Pindaan ) ( No.2) 1984 ( Akta A 585) dan kesemua Wilayah Persekutuan tersebut

hendaklah menjadi wilayah-wilayah persekutuan.


CATATAN.

Perkara asal sebagaiman yang terdapat pada Hari Merdeka berbunyi saperti berikut.

1.1.Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu dalam bahasa Inggeris

Federation of Malaya.

Thursday, January 7, 2010

Penambahan Keahlian Ahli UMNO.

Setiap Cawangan UMNO diseluruh negara perlu menambahkan keahlian ahli UMNO,memandangkan pada masa kini kurangnya ahli UMNO disetiap cawangan.Ketua-ketua cawangan perlu aktif supaya masalah ini tidak timbul.Untuk menentukan cawangan itu kuat atau lemah bergantung kepada kerjasama semua pihak antara ketua cawangan,ketua wanita,ketua pemuda dan ketua puteri.Pada masa kini kini kita lihat ada cawangan yang tidak mempunyai ahli puteri sedangkan cawangan itu ramai puteri.Dengan ramainya ahli menyebabkan cawangan menjadi kuat.Kita lihat pada masa mesyuarat cawangan kadangkala tidak mempunyai korum yang cukup.

Thursday, August 6, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU

yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957

“KAMI WASIATKAN
kepada zuriat keturunankami

7 PERKARA
yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”




PERKARA SATU

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).



PERKARA DUA

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.



PERKARA TIGA

• Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.



PERKARA EMPAT

• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini



PERKARA LIMA

• Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN



PERKARA ENAM

• Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU



PERKARA TUJUH

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.



Monday, July 20, 2009

Malaysia Tewas Kali Ke-2 Ditangan Manchester United

Michael Owen, meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan, Federico Macheda, yang menjaringkan gol pertama pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.






Manchester United menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Gol Manchester United dijaringkan Federico Macheda pada minit ke-10 dan Michael Owen, selang dua minit kemudiannya.








Friday, July 17, 2009

Pembinaan Jambatan Di Manik Urai Tanggungjawab Siapa???

Masa kita zaman budak-budak selalu gak dengar lagu "London bridge is falling down" sampai hafal plak tu, tapi sekarang kita mungkin akan dengar lagu baru plak,"MU bridge is falling down" (Manik Urai"). Kecoh habis satu malaya disebabkan kes jambatan di Manik Urai Kelantan dimana Pilihanraya kecil telah diadakan pada 14 Julai 2009 yang lalu.

Masalahnya kenapa sampai tolak sana tolak sini pasal kes nak buat jambatan di Manik Urai, mana-mana pihak yang buat pun boleh, janji buat, apa yang penting Rakyat didahulukan bukankepentingan politik yang didahulukan dan nak gaduh macam budak-budak.

Tak kesah la kerajaan negeri ke kerajaan pusat ke yang buat, ni bila asyik tolak sana tolak sini sampai bila jambatan nak siap. Kos nak buat tu.. bukannya macam kos buat jambatan yang tak jadi dibina di sebelah selatan tanah malaya ni satu ketika dahulu.. ni pun susah ke nak fikir. Belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap pun tak leh nak selesaikan.

Tapi tak kesah la kalau rakyat Kelantan memang suka cara yang macam ni... Janji mereka puas hati dengan pembangunan yang mereka terima sekarang tak kesahlah maju ke mundur ke....

Jalan penyelesaiannya panggil jer geng askar jurutera suruh depa buat budget pun rendah dan lagi cepat siap haha ni cadangan jer kalau takleh pakai takpe la.. selamat.

Wednesday, July 8, 2009

Rakyat perlu mengubah sikap.

Kita sebagai rakyat negeri Perlis perlu mengubah sikap dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah untung nasib kita.Kita jangan bertanggung kepada ehsan kerajaan sahaja dengan meminta-minta.Bak kata perpatah Jika Tak Di Pecahkan Ruyung masakan dapat Sagunya.oleh itu untuk mendapat kesenangan bukannya mudah,berusahalah kamu di hari ini supaya kamu tidak menyesal di hari esok.Ramai di kalangan bangsa melayu leka dan lalai dalam cara mengubah kehidupan yang penuh mencabar.Banyak anak-anak terlibat dengan aktiviti samseng jalanan ,minum air daun ketum melepak dan sebagainya.
ibu bapa perlu sedar dan mengambil berat tentang anak-anak ,jangan biar mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah.