Friday, July 17, 2009

Pembinaan Jambatan Di Manik Urai Tanggungjawab Siapa???

Masa kita zaman budak-budak selalu gak dengar lagu "London bridge is falling down" sampai hafal plak tu, tapi sekarang kita mungkin akan dengar lagu baru plak,"MU bridge is falling down" (Manik Urai"). Kecoh habis satu malaya disebabkan kes jambatan di Manik Urai Kelantan dimana Pilihanraya kecil telah diadakan pada 14 Julai 2009 yang lalu.

Masalahnya kenapa sampai tolak sana tolak sini pasal kes nak buat jambatan di Manik Urai, mana-mana pihak yang buat pun boleh, janji buat, apa yang penting Rakyat didahulukan bukankepentingan politik yang didahulukan dan nak gaduh macam budak-budak.

Tak kesah la kerajaan negeri ke kerajaan pusat ke yang buat, ni bila asyik tolak sana tolak sini sampai bila jambatan nak siap. Kos nak buat tu.. bukannya macam kos buat jambatan yang tak jadi dibina di sebelah selatan tanah malaya ni satu ketika dahulu.. ni pun susah ke nak fikir. Belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap pun tak leh nak selesaikan.

Tapi tak kesah la kalau rakyat Kelantan memang suka cara yang macam ni... Janji mereka puas hati dengan pembangunan yang mereka terima sekarang tak kesahlah maju ke mundur ke....

Jalan penyelesaiannya panggil jer geng askar jurutera suruh depa buat budget pun rendah dan lagi cepat siap haha ni cadangan jer kalau takleh pakai takpe la.. selamat.

No comments:

Post a Comment