Tuesday, February 14, 2012

3.7 JUTA RAKYAT TIDAK DAFTAR PEMILIH.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR )Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof seramai 3.7 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan keatas belum mendaftar sebagai pemilih.Ini menyebabkan mereka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang.Mereka ini memberi pelbagai alasan untuk
tidak mendaftar.Di negeri Perlis sahaja seramai 25856 tidak mendaftar sebagai pemilih.
Semua pihak harus bekerjasama dalam urusan daftar pemilih dimana ketua-ketua Cawangan UMNO perlu aktif untuk mendaftar ahli -ahli UMNO yang belum mendaftar .Mereka yang tidak mendaftar akan menyesal
jika mereka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum  ke 13 akan datang yang dijangka tidak berapa lama lagi,Satu undi adalah penting untuk menentukan kemenangan calon yang bertanding.

No comments:

Post a Comment