Sunday, February 15, 2015

Tuesday, February 10, 2015

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA.

Menghayati bahawa Perpaduan Kaum adalah antara prasyarat untuk membina sebuah negara maju kearah Wawasan 2020.mennghormati amalan-amalan dan tempat ibadat antara agama dikalangan pelbagai bangsa dalam negara ini.ia juga dituntut oleh Agama islam dan agama agama lain.
Keharmonian hidup sesama kaum dan bangsa akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dinamik serta progresif dan menjadi contoh dikalangan negara-negara Islam di dunia ini.

Thursday, February 5, 2015

Sunday, September 8, 2013

AHLI AHLI UMNO PERLU BERSATU.

 


Selepas Mesyuarat Agong UMNO Cawangan-Cawangan di seluruh negara yang berakhir pada 15 September ini diharapkan semua ahli-ahli UMNO bersatu,buang yang keruh ambil yang jernih.Janganlah ada persengketaan sesama kita disebabkan berlakunya pertandingan sama ada ketua cawangan,wanita ,pemuda dan puteri.
Kalah atau menang bukan jadi ukuran yang penting semangat perpaduan iaitu sayangkan parti melebihi segala-galanya.Wadah perjuangan UMNO adalah untuk menegakkan Agama,bangsa Dan Negara.

Thursday, September 5, 2013

PENINGKATAN EKONOMI NEGARA.

 



Kerajaan telah memperkasakan usaha supaya kualiti kehidupan rakyat bertambah baik.Kadar Kemiskinan rakyat  berjaya dikurangkan,pada tahun 1957 50 % rakyat Malaysia berada dibawah garis kemiskinan tetapi sekarang kadar itu telah dapat dikurangkan kepada 6 % .

UMNO PERLU BERSATU





Pada masa kini ahli-ahli UMNO kurang bersatu terutamanya pada pemilihan AJK Cawangan yang bermula 15 Julai hingga 15 September 2013.ada yang berpuak-puak,ini menyebabkan perpecahan berlaku.parti UMNO merupakan parti keramat yang telah diasaskan oleh pemimpin kita terdahulu saperti Datuk Onn bin Jaafar.
Dengan perpaduan sesama ahli UMNO menyebabkan UMNO di pandang tinggi ndan dihormati oleh lain-lain bangsa di negara ini.Pemimpin UMNO terdahulu telah berjaya menyatupadukan ahli-ahli UMNO di negara ini.Kuasa politik yang dipegang oleh orang melayu harus dipertahankan DULU KINI dan SELAMANYA. HIDUP UMNO,HIDUP UM NO,HIDUP UMNO.

Tuesday, August 27, 2013

Plus Beri Rebat 20 Peratus Sempena Hari Kemerdekaan Ke-56

                      
KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Pengguna lebuh raya Plus berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Plus Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian Plus.

“Ia merupakan satu daripada langkah Plus menyemarakkan sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi Plus menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

“Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan Plus apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 September hingga 15 Disember ini,” katanya sambil memberitahu tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.

Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, katanya.