Sunday, May 13, 2012

Najib dirai Putera Charles sempena penganugerahan Piagam Diraja

Oleh Zaini Hassan
LONDON 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diraikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles di Istana St. James Selasa ini, sempena penganugerahan Piagam Diraja ke atas Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu England.

Charles ialah penaung OCIS, sementara Najib pula ialah ahli majlis tertinggi pusat itu.

Malaysia adalah antara negara, selain beberapa negara Arab yang banyak menyumbang kepada pusat pengajian itu. Ia ditubuhkan pada 1985 di Universiti Oxford bagi menggalakkan pengajian kesarjanaan Islam dan dunia Islam. Ia ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah yang terdiri daripada para sarjana, negarawan dari beberapa buah negara, selain wakil universiti itu.

Malaysia turut aktif dalam pembinaan sebuah pusat baru OCIS serta sebuah dewan yang akan dikenali sebagai Auditorium Malaysia. Auditorium itu turut dihiasi dengan ukiran kayu Melayu.

Menurut, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Eire, Datuk Seri Zakaria Sulong, Najib dan isteri, Datin Seri Rosman Mansor berada di sini selama dua hari sempena lawatan kerjanya.

Najib yang terbabit secara langsung dalam OCIS pernah memberi ceramah mengenai Kefahaman Sederhana dan Antara-Tamadun.

‘‘Kita amat dihargai di atas penglibatan dalam pembangunan pusat baru OCIS, kita juga mempunyai ahli akademik dan felo yang mengajar di pusat itu. Banyak yang berjaya dilaksanakan hasil penglibatan dari Malaysia," kata Zakaria.

Beliau menambah, hubungan dua hala Britain dan Malaysia cukup mesra terutamanya selepas terbentuknya kerajaan campuran pada 2010.

Najib sendiri telah mengadakan lawatan rasmi ke negara ini tahun lalu, diikuti oleh lawatan balas Perdana Menteri Britain, David Cameron, April lalu.

Sempena dengan sambutan Jubli Intan pemerintahan Ratu Elizabeth tahun ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menghadiri sambutan itu tidak lama lagi atas jemputan Ratu.

‘‘Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan kedua-dua hala, dan ia sangat-sangat menggalakkan," kata Zakaria.

September ini, Duke of Cambridge, Putera William dan isterinya, Kate Middleton akan melawat Malaysia bagi membuka Kolej Mulborough di Johor.

Sempena lawatan kerja Najib ke sini, menurut Zakaria, Perdana Menteri juga akan melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Sahabat Barisan Nasional UK (FBNUK) di House of Lords pada hari pertama kunjungannya.

Ahli-ahli FBNUK terdiri daripada rakyat Malaysia di negara ini dan juga di Malaysia yang akan menjadi sebuah pusat setempat bagi aktiviti kemasyarakatan dan perniagaan.

Selain itu, satu lagi acara menarik Najib di sini adalah Sepetang Bersama Perdana Menteri, yang akan menghimpunkan rakyat Malaysia di United Kingdom untuk bertemu dan beramah mesra dengan Najib. Ia akan diadakan di The O2 Arena di Greenwich, Timur London.

Perdana Menteri dan isteri akan berlepas dari UK ke Amerika Syarikat untuk satu lagi lawatan kerja sebaik sahaja selesai majlis di Istana St. James. - Utusan

Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 19, 2012

PEMUDA UMNO PERLU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI




PEMUDA UMNO PERLU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.

Agenda politik mestilah diutamakan oleh oang melayu,disiplin dalam diri dan parti mestilah dijadikan keutamaan.Oleh itu setiap pemuda UMNO perlu ada dan mempunyai semangat juang yang tinggi dan menjadikan zaman kegemilangan UMNO .Kita dapat lihat pada zaman UMNO berada dalam kegemilangan
kerana mereka mempunyai semangat juang yang begitu tinggi hingga mendapat pengiktirafan dikalangan rakyat.Oleh itu program yang diadakan oleh pemuda pada masa kini kurang mendapat sambutan hanya segelintir sahaja yang hadir.Perubahan sikap dalam diri perlu ada dan jati diri perlu diperkujkuhkan dikalangan generasi muda .

Thursday, February 23, 2012

Berkat membaca Alhamdullillah

Pada zaman dulu, ada seorang raja yang suka memburu. Adakala pula menteri dia yang seorang ini suka sangat menyebut alhamdullillah. Sesudah makan alhamdullillah, bangun tidur alhamdullillah, selepas cukur kepala pun alhamdullillah.

Maka raja ini pun bertanyalah pada menteri tersebut: "Kenapa kamu suka menyebut alhamdullillah? Tidak ada ayat lain ke nak baca?" Berkatalah menteri tu: "Alhamdullillah, semoga kita dapat rahmat darinya." Maka raja pun buat tidak tahu sahaja seraya berlalu untuk beradu.

Johari Baharom: PAS hanya ikut telunjuk DAP, PKR


PAS tidak konsisten dalam perjuangannya untuk menubuh negara Islam apabila dilihat tidak berani bersuara dalam beberapa isu seperti hukum hudud dan murtad, kata ahli parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom.

Beliau berkata parti itu sanggup diperalatkan DAP dan PKR semata-mata untuk kepentingan politik, dan ini menimbulkan tanda tanya sama ada PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan kaum Melayu dan agama Islam, atau sekadar mengikut telunjuk pembangkang yang lain. "Sejak akhir-akhir ini, PAS hanya mendiamkan diri apabila isu kes murtad dan nasib kaum Melayu dibangkitkan, malah parti itu bersikap 'dingin' apabila Umno berhasrat berunding dengan mereka demi perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

 Mengenai hukum hudud, Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah, berkata PAS sebenarnya tidak mampu melaksanakannya di negeri yang dikuasai seperti di Kelantan dan Kedah. "Kenapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan, tidak melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan selepas berjaya menawan negeri berkenaan untuk sekian lama? "PAS sekarang dilihat terlalu terdesak sehingga membangkitkan isu-isu lama seperti hukum hudud, realitinya Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan sekarang kerana ia memerlukan pandangan ulama-ulama, golongan pakar dalam perundangan Islam dan pandangan dari bukan Islam," katanya.

Sehubungan itu, Johari meminta PAS menghentikan permainan politik mereka dan kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu untuk menegakkan syiar Islam dan tidak hanya mengikut arahan DAP dan PKR semata-mata untuk menang dalam pilihan raya akan datang. Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh pada 24 Sept lalu yang menyifatkan Nik Aziz sebagai orang tua yang inginkan perhatian berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, jelas menunjukkan PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama dalam pakatan pembangkang, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta PAS menunjukkan pendirian yang jelas dalam isu berkaitan agama Islam dan tidak hanya mendiamkan diri demi mengejar cita-cita politik mereka serta memegang jawatan jika parti itu menang dalam pilihan raya kelak.

 - Bernama

Tuesday, February 21, 2012

Monday, February 20, 2012