Sunday, September 25, 2011

PERPECAHAN DALAM PAKATAN RAKYAT.

Pada masa kini telah berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat di antara PAS dan DAP berkaitan dengan Hukum Hudud yang akan dilaksanmakan oleh PAS menurut Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat.Oleh itu Karpal Singh dengan tegas menyatakan bahawa DAP tidak akan bertolak ansur isu  tersebut dan mahukan PAS tidakmenjalankan hukum tersebut kerana mereka menolak Islam.Jika sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud DAP akan keluar dari Pakatan rakyat.Orang ramai harus sedar ini merupakan helah politik antara DAP dan PAS untuk memecah belahkan orang melayu dan Agama Islam.

Tuesday, September 20, 2011

HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESAI MASALAH SOSIAL.

Pada masa kini ramai ibu bapa cenderong menghantar anak-anak kesekolah agama,mereka beranggapan dengan menghantar anak kesekolah agama dapat menyelesaikan masalah sosial dan akhlak.Tindakan ini hanya melepaskan batuk ditanggakerana masalah sosial yang berlaku
perlu diselesaikan secara bersama dengan keluarga dan masyarakat.Pelajar dari sekolah agama pun terlibat dengan masalah ponteng sekolah,dan juga masalah hisap rokok minum air daun ketum  dan samseng jalanan.

Monday, September 19, 2011

MAT SABU DAN MAT INDERA

Mat Sabu pertahankan hujah nya berlandaskan buku ni lah....... ingatkan berlandaskan AL-QURAN
kalau lah ada mesin masa macam back to the future kan senang leh g cek sejarah-sejarah ....

Jualan kenderaan Ogos meningkat kepada 58,382 unit

2011/09/19
KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan keseluruhan pada Ogos meningkat 5.7 peratus kepada 58,382 unit daripada 55,208 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lalu, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Jualan Ogos berkembang 16 peratus atau 8,130 unit berbanding bulan sebelumnya, berikutan hambatan membuat penyerahan bersempena Hari Raya dan penerimaan prosedur permohonan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010. BERNAMA

Alhamdulillah ini menampakkan rakyat malaysia hidup dengan aman damai, boleh beli kereta baru... sambil menjana ekonomi negara. tapi kalau lah kereta nasional dukurangkan cukai kan lagi best.. kalau tak potong cukai pun upgrade la sket kereta bagi jadik yang TERBAIK.

FILEM 5 STAR KANTOI ANWAR IBRAHIM

Sememangnya sudah terang lagi bersuluh........ yang terbaru filem dalam warna lagi tu....
malas nak cakap panjang jom layanz........




8 DALIL DAH BAGI..... renung-renungkan dan selamat beramal....

Monday, September 12, 2011

CAJ 6 PERATUS DITANGGUH

Syarikat komuunikasi di negara ini bersetuju untuk menangguhkan caj 6 peratus cukai perkhidmatan yang pada mulanya akan dilaksanakan pada 15 September ini.Penangguhan tersebut adalah hasil perbincangan kerajaan dengan syarikat telekomunikasi.
Penangguhan tersebut memberi kelegaan kepada orang ramai terutamanya para pelajar ,begitu juga mereka yang berpendapatan rendah.caj 6 peratus adalah tinggi memandangkan pada masa kini harga barangan meningkat.Diharapkan caj 6 peratus dapat dimansuhkan terus untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

Thursday, March 4, 2010

MALAYSIA ITU NEGARA MELAYU (BUMIPUTERA )

Untuk memahami gagasan negara Melayu ( Bumiputera ) dari segi sudut fakta perundangan dasar atau undang-undang tubuhnya.Kita perturunkan Petikan Perlembangaan Persekutuan untuk memperlihatkan teks dan fakta
yang menjadi latar belakang kepada persoalan ini.

Bahagian 1 : NEGERI-NEGERI ,AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN.

Perkara 1 : Nama,Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

i.Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan juga dalam bahasa Inggeris.

ii.negeri-negeri persekutuan terdiri daripada,Johor,Kedah,Kelantan,Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,

Pulau Pinang,Perak,selangor,Perlis,terengganu Sabah dan Serawak.

iii.Tertakluk kepada Fasal ( 4 ),wilayah-wilayah bagi setiap Negeri yang disebut dalam fasal ( 2 ) ialah

wilayah - wilayah yang termasuk di dalam negeri-negeri itu sebaik sebelum Hari malaysia.

iv.Wilayah bagi negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuh

kan dibawah Akta Perlembagaan ( Pindaan ) ( No.2 ) 1973 ( Akta A 206 ) dan wilayah Persekutuan

putrajaya yang ditubuhkan dibawah Akta perlembagaan ( Pindaan ) 2001 ( Akta A 1095 ) dan

Wilayah bagi Negeri Sabah tidaklah termasuk Wilayah persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah

Akta Perlembagaan ( Pindaan ) ( No.2) 1984 ( Akta A 585) dan kesemua Wilayah Persekutuan tersebut

hendaklah menjadi wilayah-wilayah persekutuan.


CATATAN.

Perkara asal sebagaiman yang terdapat pada Hari Merdeka berbunyi saperti berikut.

1.1.Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu dalam bahasa Inggeris

Federation of Malaya.