Wednesday, July 31, 2013

Raja Muda Perlis Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pihak Hina Islam





KANGAR, 31 Julai – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam.

Baginda bertitah perbuatan itu merupakan pernyataan sinis yang melampau dan ia tidak boleh diterima oleh rakyat yang waras apatah lagi mereka yang berpendidikan terutama dalam konteks masyarakat majmuk.

“Janganlah siapa sekalipun bermain api. Jauhilah daripada berjudi dengan sentimen agama dan kaum demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara yang kita cintai ini,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama warga Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.

Baginda mengingatkan bahawa walaupun Islam mengajar umatnya bertoleransi namun sikap Melayu-Islam perlu sentiasa kukuh.

“Sudah tiba masanya setiap umat Islam menjana transformasi dengan melakarkan perubahan, mewarnai persekitaran berpandukan agama Islam, bersendikan al-Quran dan al-Sunnah, berpaksikan kepada Rukun Islam dan berteraskan Rukun Iman,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah mutakhir ini berlaku banyak kekeliruan dan salah tafsir mengenai Islam dengan pelbagai label diberikan.

“Propaganda seperti ini jika dibenarkan berterusan mampu merosakkan nama dan kesucian Islam selain meracuni pemikiran sehingga ‘klise’ sebegini mudah dianggap sebagai satu kebenaran,” titah baginda lagi.

Baginda mengingatkan umat Islam supaya terus membela serta mempertahankan kesucian agama di samping mengukuhkan syiarnya demi kelangsungan tamadun.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Canselor AUCMS manakala yang hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Sumber : UMNO Online

Monday, July 22, 2013

Tidak Mahu Jawatan MB : Pas Cuba Tipu Siapa?

 



KUALA LUMPUR 22 Julai – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan meminta jawatan Menteri Besar Terengganu jika menang dalam pilihan raya kecil Kuala Besut yang bakal diadakan pada 24 Julai ini adalah gimik politik yang sering digunakan pembangkang untuk meraih undi.
 
Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Awang Kadin Tang menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Presiden Pas itu hanyalah lebih menjurus untuk mendapatkan sokongan kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada pembangkang membuat kenyataan sebegitu untuk mengelirukan pengundi.
“Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan pembangkang, mereka mempuanyai pelbagai taktik dan helah untuk memancing undi, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja, lihat apa yang berlaku ketika pilihan raya umum lalu, apa sahaja cuba dilakukan untuk dapatkan sokongan bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.
“Namun apabila rancangan mereka untuk menawan Putrajaya tidak menjadi kenyataan, mereka menyalahkan pihak lain untuk menutup kegagalan itu, itulah perangai pembangkang yang hanya pandai bercakap,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa partinya tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar, sebaliknya tetap akan menyerahkan kepada UMNO, sebaliknya akan memantau setiap apa sahaja yang dibuat atau dirancang oleh Barisan Nasional bagi memastikan tiada rakyat yang teraniaya.
Awang Kadin berkata, kenyataan itu boleh diibaratkan seperti perangkap yang bakal menyusahkan rakyat jika perkara itu berlaku, bukan sahaja membabitkan pengundi atau penduduk di Kuala Besut, malah seluruh rakyat Terengganu akan menerima kesannya.
“Pengundi di Kuala Besut perlu bijak membuat pilihan ketika hari mengundi nanti, mereka bukan sahaja memikirkan nasib penduduk Kuala Besut, tetapi akan memberi kesan kepada rakyat Terengganu di seluruh negeri.
“Sebarang kesilapan akan membawa kesan besar kepada rakyat Terengganu, mereka harus sedar tidak harus membiarkan pembangkang berkuasa di Terengganu seperti apa yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, ianya seharusnya dijadikan iktibar terutama d ikalangan mereka yang pertama kali keluar untuk mengundi,” katanya. -

Sumber : MediaUMNO


Tuesday, July 2, 2013

PAS Makin Terdesak,Hj Hadi Terpaksa Fitnah UMNO Guna Nasihat Bomoh

 



KUALA LUMPUR 2 April - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak.

 Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

 "InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa. Walaupun Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung (PAS) menganggar tarikh-tarikh tersebut, saya yakin UMNO yang mengepalai barisan Nasional (BN) akan mendapat nasihat bomoh terlebih dahulu."

 "Kerana UMNO ini percaya pada bomoh. Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah. Tak sepertinya seperti tarikh yang Datuk Mustapha sebut tadi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

 Katanya lagi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada resolusi asas kerjasama pakatan tersebut. Jelasnya lagi, parti komponen PR tidak sependapat dalam beberapa perkara berikutan perbezaan ideologi namun masih bersama berdasarkan prinsip PR.

 "Walaupun kita berbeza ideologi. Kita faham dan bersefahaman dalam perkara yang berbeza dan kita bersatu dalam perkara yang bersama," katanya lagi.